A : PENGENALAN

 

PENGENALAN PEJABAT PENGHULU TANJUNG RAMBUTAN MUKIM ULU KINTA

 

            Mukim Ulu Kinta terdiri daripada 4 kawasan iaitu Kawasan Ipoh, Lahat, Chemor dan Tanjung Rambutan. Mukim Ulu Kinta terletak di bawah pentadbiran penuh Pejabat Daerah Dan Tanah Kinta, Batu Gajah dan pentadbiran kecil Pejabat Daerah Dan Tanah Ipoh. Seluruh Mukim Ulu Kinta terletak di bawah tadbiran Dewan Bandaraya Ipoh. Mukim Ulu Kinta (Tanjung Rambutan) terdiri daripada 10 buah kampung yang ditadbir oleh JKKK. Di utaranya adalah bersempadan dengan Kawasan Chemor (RPT/Kampung Baru Tanah Hitam), bermula dari Changkat Kinding iaitu Kampung Tanjung Rambutan dan di sebelah timur adalah Kampung Kepayang Fair Park, Kampung Tasek, RPT Tasek, melalui Jalan Bercham (Kampung Tersusun Batu 8/Bandar Baru Putera/MDP Villa), Kampung Melayu Batu 8, Kampung Batu 5 & 6, Kampung Tambun dan paling ke selatan adalah Kampung Seri Ampang dan Desa Perwira yang mana bersempadan dengan Mukim Sungai Raya.

 

            Kira-kira 85% kawasan Tanjung Rambutan terdiri dari kawasan perumahan (Penempatan), 12% kawasan hutan/pertanian (Tanah Kerajaan) dan 3% perindustrian. Keluasan kawasan ini pula ialah lebih kurang 15km2. Jarak perjalanan daripada Pejabat Penghulu Tanjung Rambutan ke Pejabat Daerah Dan Tanah Ipoh ialah 20km sementara ke Pejabat Daerah Dan Tanah Batu Gajah pula ialah 40km.

 

            Organisasi Pejabat Penghulu Tanjung Rambutan dikendalikan oleh hanya seorang Penghulu sahaja dan dibantu oleh seorang Pembantu Tadbir N17. Disamping itu, terdapat 10 orang Ketua Kampung dengan seramai 140 orang ahli JKKK. Selain itu, terdapat 4 buah Kampung Baru Cina 4 buah perkampungan Orang Asli.

 

Advertisements



%d bloggers like this: